Tarikh Kemaskini : Khamis, 29 November 2018.
blue green oren
A- A A+

 

Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian.

“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.

“Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Maszlee berkata, inisiatif itu bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan guru, yang pernah dianggap sebagai ‘hero’ khususnya di era 80-an.

“Saya mengimpikan supaya kita mengembalikan zaman kegemilangan guru. Generasi lama seperti saya, kami masih ada guru hero yang amat menyayangi kerjaya mereka.

“Guru sayang kita macam anak sendiri, bila mengajar, mereka benar-benar nak kita belajar dan berjaya. Kita kehilangan semua ini kerana guru hari ini dibebankan dengan kerja kerani.

“Kita akan ubah perkara ini dan kembalikan zaman kegemilangan guru. Ia akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya