Tarikh Kemaskini : Selasa, 23 Oktober 2018.
blue green oren
A- A A+

UALA LUMPUR 31 Mei - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini memohon pertimbangan khas kerajaan untuk rayuan penempatan semula pembantu tadbir Gred N17 dan N19, pembantu guru serta pekerja sambilan harian di Melaka dan Kedah agar diserap secara tetap di bawah Kementerian Pendidikan.

Harry Tan Huat Hock
Harry Tan Huat Hock

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, badan itu menerima banyak rungutan dan aduan daripada pekerja sambilan harian yang berkhidmat di sekolah-sekolah di Melaka dan Kedah berkaitan isu tersebut supaya diberi pertimbangan khas agar mereka diserap tetap ke perkhidmatan awam disebabkan tempoh perkhidmatan mereka ditamatkan pada 31 Mei ini.

“NUTP merayu agar Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempertimbangkan semula rayuan ini berikutan tempoh perkhidmatan jawatan sebagai pembantu tadbir atau pembantu guru Gred N19 secara sambilan di Melaka dan Kedah adalah mulai 2012 sehingga kini.

“Bukan itu sahaja, pembantu tadbir atau pembantu guru Gred N19 secara sambilan di kedua-dua negeri ini amat berharap supaya mereka dapat diserap tetap selaras dengan keprihatinan kerajaan baru untuk mewujudkan jawatan pembantu pengajar bagi mengurangkan beban guru,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas beliau, kesemua pembantu tadbir atau pembantu guru Gred N17 dan N19 itu sudah diberi pendedahan dan latihan berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab. – UTUSAN ONLINE